.jpg)
Biasakan memakai perfume anda selepas mandi.Pakai setelah badan agak kering. Jangan terus memakainya setelah habis mandi. Tunggu sejenak agar kulit anda memproduksi minyak alami tubuh.
1. Untuk memastikan wangian dari minyak wangi anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling sedikit 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.
2. Anda mulai gunakan perfume ke titik-titik tertentu bahagian nadi. cthnya pergelangan tangan.
3. Kenakan minyak wangi secara berlapis. Iaitu anda harus menggunakan sabun, krim dengan wangi yang sama dengan minyak wangi anda.Dengan mengenakan wangian secara bersama membuat keharumannya tahan lebih lama.
4. Kunci dari wangian adalah jika anda menggunakan pelembab (krim) wangi dan perfume. Sebaiknya oleskan perfume terlebih dulu, kemudian krim. Krim ini akan mengunci bau perfume tersebut.
5. Anda juga jangan memakai perfume semasa mengenakan perhiasan ataupun dekat perhiasan. Kerana perfume akan merosakkan perhiasan tersebut .
Haruman berbeza mengikut kepekatan minyak wangian tersebut. Lebih pekat haruman itu, lebih kuat baunya dan lama ia kekal.
Parfum
(sebutannya Par-fam)
#Paling pekat
#Paling mahal dan berharuman paling kuat
Eau de Parfum
#Kepekatan kedua tertinggi.
#Tahan lama hingga 8 jam.
#Sesuai untuk dipakai ke majlis formal atau makan malam
Eau de Toilette
#Kurang pekat.
#Haruman separa ringan dan kekal sekitar 3-4 jam.
#Sesuai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat atau jamuan ringan.
Eau de Cologne
#Kepekatan terendah
#Haruman ringan dan kekal sekitar 2-3 jam.
#Sesuai untuk pemakaian kasual atau berada di dalam cuaca panas.
No comments:
Post a Comment