
Kerongsang begitu sinonim dengan wanita terutamanya yang bertudung. Selain digunakan untuk memakai tudung ianya mampu menaikkan seri wajah seseorang. Boleh dikatakan ianya aksesori wajib bagi wanita muslimah.
Di pasaran kini terdapat pelbagi jenis & bentuk kerongsang. Pelbagai warna, saiz dan jenis batuanboleh dipilih untuk dipadankan dengan pakaian yang digayakan. Namun begitu jika tidak dijaga dengan baik, kerongsang akan mudah pudar dan hilang serinya. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips berkenaan kerongsang yang bolah dijadikan panduan bersama.
TIPS PEMAKAIAN KERONGSANG
1.Warna kerongsang perlu dipilih sedondon dengan warna tudung tetapi haruslah mempunyai tona lebih menyerlah dan lebih terang.
2.Juga harus mengambilkira warna kasut dan beg tangan. Warna kerongsang tidak digalakkan mempunyai warna yang sama dengan warna kasut dan beg tangan.
3.Pemilihan bentuk kerongsang juga haruslah bersesuaian dengan majlis ataupun tempat yang dihadiri.
TIPS PENJAGAAN KERONGSANG
1.Asingkan mengikut saiz- yang kecil bersama yang kecil dan yang besar bersama dengan yang besar.
2.Semasa menyimpan, kerongsang haruslah dipin dengan elok.
3.Pastikan kerongsang disimpan elok di dalam bekas yang beralaskan span.
4.Elakkan daripada terjatuh kerana ia mungkin akan merosakkan kerongsang.
5.Kerongsang boleh dicuci dengan air biasa sahaja dan kemudian dilap dengan kain yang kering.
6.Gunakan gam yang khas jika batunya tertanggal.
7.Gunakan pewarna kuku yang jernih untuk mengembalikan kilatan dan seri kerongsang yang telah pudar. Cara ini juga boleh digunakan untuk mengelakkan batu kerongsang mudah tertanggal.
No comments:
Post a Comment