Ok lah, hari ni saya nak share satu lagi tips dengan korang semua. Hari ni saya ingin kongsi tips berkenaan foundation ataupun bedak asas.
Bercakap mengenai foundation, kali ini kita akan membincangkan tentang pemakaian foundation secara betul dan berkesan. Foundation merupakan asas utama dalam seni solekan. Seperti semua sedia maklum, penggunaanfoundation secara betul dan teratur akan menjadikan wajah kita lebih sempurna. Setelah foundation disapu, wajah kita akan berubah menjadi selembar kanvas yang halus serta mulus yang sedia untuk dicorakkan.

Foundation terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang berunsur cecair (liquid), krim, stik (stick), mousse dan beberapa jenis yang lain. Jenisfoundation yang akan diguna bergantung kepada kondisi kulit anda sendiri. Namun ada sesetengah antara kita semua membeli foundation setelah menonton iklan di TV ataupun terpengaruh kepada kata-kata jurujual. Harus diingat, jenis foundation bergantung kepada kesesuaian kulit kita dan juga kondisi kulit itu sendiri.
Apabila anda membeli foundation untuk wajah anda, anda perlu mengenal pasti dahulu jenis serta kecenderungan kulit anda. Jika anda berkulit kering, pilihlah foundation berunsur krim atau stick. Foundation berunsur cecair amat sesuai kepada kulit normal serta berminyak. Namun sila pastikan anda memilih foundation yang bahan pembuatannya berunsur air. Bagi kulit yang cenderung berminyak, foundation yang berunsur mousse lebih sesuai kerana ia terdiri daripada bahan bebas minyak dan matte finished.
Selain itu, anda perlu menitikberatkan warna foundation apabila membelifoundation untuk wajah anda. Sebagai tips, kulit yang cerah, pilihlahfoundation yang bertone light. Tone warna medium sangat sesuai pada yang berkulit sawo matang manakala yang berwajah cenderung kepada gelap, sila pilih warna dari kumpulan tone deep. Jika anda mahu selamat, pilih warnanatural supaya wajah anda tidak kelihatan seperti tepung gomak semasa bersolek. Pada kaum lelaki pula, warna natural adalah yang paling sesuai kerana warna ini mampu mengelakkan anda daripada kelihatan seperti memakai topeng.
Tips memilih warna yang sesuai bagi anda ialah dengan menyapu sedikitfoundation yang mahu dibeli di bahagian rahang anda sendiri. Kerap kali kita mencuba foundation di pergelangan tangan. Awas, kulit wajah masih kulit wajah, tidak akan sama dengan kulit tangan! Setelah menyapu foundationpada rahang, perhatikan! Jika warna yang disapukan kelihatan seakan-akan dengan warna asli kulit, nah.. Itulah warna yang paling sesuai untuk anda. Mudah bukan?
Apabila mengaplikasi foundation, pastikan anda menyapu seluruh wajah anda dengan foundation secara merata dan tidak bercapuk-capuk. Gunakan span yang sesuai apabila menyapu foundation. Berus khas yang dikenali sebagaifoundation brush juga bagus digunakan. Jika anda menggunakan foundation
blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. Tak percaya cubalah.
blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. Tak percaya cubalah.
No comments:
Post a Comment